Tanggal 1 Disember tiada lagi bermakna bagiku tanpa dirimu
'Aku masih ingat lagi semasa kita bersama, gelak-tawamu takkan hilang dari ingatanku..ayah..'
Setelah ayahnya pergi meninggalkannya untuk selamanya, tiba-tiba ibunya jatuh sakit. Dia tidak tahu nak buat apa-apa. Dia hanya mampu berdoa kepada Tuhan yang satu. Tanggal 7 Disember giliran ibunya pulak yang meninggalkannya. Dia semakin tidak tahu ke mana arah hendak ditujui olehnya. Dia sudah mula tiada semangat untuk meneruskan hidupnya. Akan tetapi dia masih berpengang tanggungjawab kepada adik-adiknya yang belum lagi tahu tentang kehidupan. Dia merenung wajah adik-adiknya, sebutir air mata jatuh ke pipinya. sungguh pedih rasanya apabila kehilangan seseorang yang amat kita sayangi. Lebih pedih daripada kehilangan kekasih. Kerana ibu...ayah....hanyalah satu di dunia ini. ibu dan ayah yang benar-benar sanggup berkorban membela kita dan mengajar kita erti kehidupan. hidup dia kosong tanpa ibu dan ayahnya. Dia menadahkan tangannya di hadapan kubur ibu dan ayah.
'ayah....ibu....maafkan along...selama ini along tak pernah hiraukan ayah dan ibu.... along tak pernah dengar kata...malah along melawan kepada kamu berdua....maafkan along....ayah...ibu...maafkan along....sekarang along sedar....tanpa kamu berdua...along tak dapat hidup dengan sempurna.... ayah..ibu...along rindukan kamu berdua....along rindu sangat.........maafkan along.....'
dia terpaksa teruskan kehidupannya dan menyara hidup adik-adiknya.
-enD-
*AL-Fatihah buat ibu dan ayah. Aminn....
so sad...hurmmm...
ReplyDelete