arenym,sung min
Love
Comment Back

Sunday, January 2, 2011

menyayangi tak semestinya mencintai dan yang mencintai tak semestinya memiliki

hye member sume...
  belum terlambat bagi aku untuk 'wish' kat korang 'happy new year 2011'...
ape azam korang tok taun nih??nk kaya cepat?nk awex/pakwe cantik?hehe..whatever lh ape yg korang azam..hope akn trtunai oraitt!
                          ha....sempena tahun baru ni....aku nk cerite satu kisah sedih ar..sdih ar jugak kalau dihayatinya cukup2..hehe...
Setiap manusia ada hati dan perasaan. Cintai mencintai, sayang menyayangi, rindu merindui, suka menyukai, benci membenci dan macam-macam lagi perasaan yang ada pada setiap manusia di muka bumi ini...cerita ni aku dapat dari kwnku yg tgh patah hati...mujurh die mau shre dgn aku..hihi..hope korang sume enjoy bace k...:)
 DIARI SEORANG INSAN...
 
        Hidup mesti diteruskan walaupun orang disayangi tiada lagi disisi...walaupun betapa aku menyayanginya....walaupun betapa sukarnya nak melupakannya..apa boleh buat,aku terpaksa jua untuk melupakannya walaupun dengan apa cara sekalipun..hidup mesti diteruskan tanpa kehadirannya disisi.....

Coretan dari hatinya di diarinya itu.....

Kenangan terindah yang pernah kita cipta dahulu masih segar dalam ingatanku. Masih aku ingati saat kita masih digelar sepasang kekasih..

20/03
Hari ini adalah hari paling bahagia bagiku. Akhirnya aku dapat  bertemu dengan si dia yang amatku sayangi. Aku berjalan seiringan dengan dia. Aku sempat berbual kosong dengannya. Aduh! Rasa dalam mimpi je. Aku hanya diam pada masa itu. Maklumlah kali pertama keluar dengan orang yang amat disayangi. Tak terlintas langsung berjumpa dengan dia pada waktu itu. Lebih-lebih lagi hari ini adalah hari jadinya. Pasti hari lahirnya pada hari ini, hari yang paling bahagia untuknya. Inilah hadiah paling terbesar untuknya.  Memang tak disangka langsung. Aduh! Aduh! Aku berjalan seiringan dengannya. Sungguh bahagianya. Tak pernah aku sangkakan benda semua ini berlaku. Takkan aku lupakan apa yang telah berlaku pada hari ini.. aku amat bahagia sekali.

 Aku  masih ingat lagi pabila aku amat merinduimu sayang…

27/1
Aku sudah merancang untuk berhubung dengan si dia sepuas-puasnya. Rupanya apa yang ku harapkan, lain yang terjadi. Apalah nasib. Aku hantar SMS, dia tak balas. Aku buat panggilan, dia tak menjawab. Akan tetapi aku menganggap kemungkinan dia sedang sibuk . lalu aku menghantar satu SMS mengatakan bahawa jika dia sudah selesaikan kerjanya, hantarlah SMS untuk ku sebagai balasan. Jadi, aku menunggu telefon bimbitku berbunyi sehingga tengah malam kerana aku tahu, dia selalunya habis kerja pada pukul11 malam. Tunggu punya tunggu, dia langsung tak menghantar SMS mahupun membuat panggilan untukku. Aku merasa sangat sedih pada waktu itu. Kenapa dengan dia ni…dia dah tak mahu denganku lagi ke? Aku rindu sangat padanya pada waktu itu.

Aku amat merinduimu sayang….amat merinduimu sehingga sekarang.. aku masih ingat lagi kisah yang selau kau ceritakan kepadaku.. kisah seorang pakcik yang kehilangan kakinya di Parkson… aku takkan lupakannya sayang…

Coretannya terhenti seketika apabila air mata mula membasahi pipinya. dia mengesat air matanya itu. Dan dia menyambung kembali coretannya itu.

Apa yang ku harapkan tak semuanya terjadi. Mahligai yang telah lama kita bina.hancur musnah dan tiada lagi sisA bakinya..


20/09
Aku tiba-tiba teringatkan dia. Lalu aku memberanikan diri untuk menghantar SMS kepadanya untuk ucapkan selamat hari raya kerana pada hari ini adalah hari raya yang pertama. Dalam beberapa minit kemudian, telefonku berbunyi dia membalasnya. Tiba-tiba aku sengaja mengujinya, adakah dia masih mengganggap diriku ini adalah kekasihnya. Dia menjawab bahawa dia lagi masih menganggap diriku ini kekasihnya. Kerana dia masih lagi menyayangi diriku. Akan tetapi, dia berterus terang padaku bahawa dia telah berlaku curang padaku. Aku terkaku apabila membaca SMS nya itu yang mengatakan bahawa dia sudah lama menjalinkan hubungan dengan orang lain. Aku pun memberi respon mengatakan bahawa baguslah dia sudah ada orang lain. Mungkin aku ni tak dapat beri yang dia minta.

“……..Takdir dan waktu telahpun ditentukan oleh yang maha Esa. Kita tidak dapat lagi untuk mengubahnya walau sebesar manapun kita berkorban. Yang telah ditentu pasti berlaku.’pilihan ku ini diharapkan terbaik untukku’ ungkapan ini pernah diucapkan. Akan tetapi cinta yang tulus, cinta yang agung kini terpesong jua. Dalam diam dalam sunyi sidia telah mempermainkan janji-janjinya dan telah mendampingi yang lain. Dia telah mengaku, telah akur tidak menafikan perbuatannya itu. Ku tunduk, terdiam membisu. Memang..memang lelaki suka mempermainkan hati seorang wanita yang amat jujur dan tulus menyayanginya. Aku pasrah.. aku redha..lebih baik aku menyendiri kerna dengan itu aku merasa lebih baik daripada ada seorang teman disisi…….”
=to be continued........

No comments:

Post a Comment